Tetracera Indica - Pokok Mempelas Merawat Darah Tinggi
Jun 27, 2011
Pada zaman dahulu, orang Melayu menggunakan batang pokok mempelas untuk dijadikan tali. Ini kerana rekabentuk batang yang halus, kuat dan tidak mudah putus. Orang Melayu dahulu percaya bahawa setiap yang dicipta Allah mempunyai manfaatnya. Cuma, kita sebagai manusia yang berakal perlulah berfikir jauh dan mengkaji. Supaya kita sama - sama boleh memanfaatkannya. Menurut kajian, bentuk batang yang kuat sehinggakan dijadikan tali ketika dahulu menggambarkan dapat merawat darah tinggi (yang berkaitan dengan urat saraf) dan menguatkan buah pinggang.
Kelebihan herba ini adalah untuk membersihkan batu karang dan sebagai filter/penapis daripada kesan aluminium hidroksida (ubat-ubatan kimia yang tersangkut di buah pinggang), herba ini yang bersifat diuretic yang kuat jadi ia memerlukan air yang mencukupi, herba ini juga bertindak sebagai anti-hipertensi, anti-inflamasi dan anti piretik serta ubat yang baik bagi pengidap anti gagal ginjal (bagi pesakit Diabetis melilitus ,Hypertensi, sakit sendi dan lain-lain). Herba ini juga berfungsi sebagai pemecah batu karang dari jenis kalsium oksalat(hasil dari kolesterol), menolong menyingkirkan Monosodium Glutamat(MSG).
Ia juga sangat baik bagi mereka yang mengalami hipertensi dan demam. Ini kerana, akar mempelas boleh menurunkan suhu badan yang panas ketika demam. Dalam erti kata yang lain, ianya boleh melawaskan pembuangan air kecil dan membetulkan sistem perpeluhan yang betul.
Read more...



