Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Alin Maslina. Powered by Blogger.

Tetracera Indica - Pokok Mempelas Merawat Darah Tinggi

Jun 27, 2011

Pada zaman dahulu, orang Melayu menggunakan batang pokok mempelas untuk dijadikan tali.  Ini kerana rekabentuk batang yang halus, kuat dan tidak mudah putus.  Orang Melayu dahulu percaya bahawa setiap yang dicipta Allah mempunyai manfaatnya.  Cuma, kita sebagai manusia yang berakal perlulah berfikir jauh dan mengkaji.  Supaya kita sama - sama boleh memanfaatkannya.  Menurut kajian, bentuk batang yang kuat sehinggakan dijadikan tali ketika dahulu menggambarkan dapat merawat darah tinggi (yang berkaitan dengan urat saraf) dan menguatkan buah pinggang.  

Kelebihan herba ini adalah untuk membersihkan batu karang dan sebagai filter/penapis daripada kesan aluminium hidroksida (ubat-ubatan kimia yang tersangkut di buah pinggang), herba ini yang bersifat diuretic yang kuat jadi ia memerlukan air yang mencukupi, herba ini juga bertindak sebagai anti-hipertensi, anti-inflamasi dan anti piretik serta ubat yang baik bagi pengidap anti gagal ginjal (bagi pesakit Diabetis melilitus ,Hypertensi, sakit sendi dan lain-lain). Herba ini juga berfungsi sebagai pemecah batu karang dari jenis kalsium oksalat(hasil dari kolesterol), menolong menyingkirkan Monosodium Glutamat(MSG).

Ia juga sangat baik bagi mereka yang mengalami hipertensi dan demam.  Ini kerana, akar mempelas boleh menurunkan suhu badan yang panas ketika demam.  Dalam erti kata yang lain, ianya boleh melawaskan pembuangan air kecil dan membetulkan sistem perpeluhan yang betul.

Read more...

D'Deu Menyembuhkan Demam

Jun 6, 2011

D’Deu dahulunya dikenali sebagau D'Heat.  Tubuh mempunyai kemampuan tersendiri dalam mengawal suhu badan. Namun apabila mekanisma tubuh rosak, tubuh akan mengalami suhu di paras yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan kepada sistem saraf dan hormon yang tidak stabil.  Tanda - tandanya ialah muka dan lidah seseorang itu menjadi pucat akibat meningkatnya suhu. Ini akan berlaku gangguan emosi seseorang.

Roselle Hibiscus Sabdariffa mempunyai lebih 20 kali ganda Vitamin C yang terdapat dalam limau. Ia disinergikan dengan herba pilihan yang mempunyai kesan diuretik (memperbanyakkan pengeluaran air kencing) dan antipiretik (membuang kepanasan). Apabila mengamalkan D’Deu dalam tempoh waktu 10 minit, akan berlaku dimana seseorang itu akan terasa hendak membuang air kecil. Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang larut dalam air. Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui urin.
Kekurangan Vitamin C seseorang adalah disebabkan oleh apa yang dikatakan ‘mal absorbtion’ di mana proses serapan tidak dapat dilakukan . Ini adalah disebabkan Vitamin C tidak boleh diserap tanpa adanya mineral. D’Deu diperkuatkan dengan mineral organik yang telah dicernakan dalam sistem pencerrnaan tumbuhan. Ini bererti Vitamin C akan diserap keseluruhannya apabila mengamalkan D’Deu akan dapat dirasakan dalam tempoh waktu 7 hari. Pengguna akan merasakan tubuhnya kembali bertenaga.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Bamboo
3. Imperata Cylindrica
4. Ficus Callircarpa
5. Ipomea Reptans
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa
Dos :
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.
Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 75

Sabah & Sarawak: RM 85

Harga Pengedar HPA

Semenanjung Malaysia: RM 55

Sabah & Sarawak: RM 65

Nilai Mata (NM): 25

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan D’Det, D’Karm, D’Deu Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Rheumatoid arthritis

Sejenis penyakit autoimun yang menyebabkan pembengkakan terutama pada jari-jari tangan dan kaki . Berlakunya keadan ini kerana tidak seimbang antara 4 unsur (tanah,air,api,angin) menyebabkan salah tafsir dalam sistem “kod” tubuh badan.
Cuka (cuka apel asli) adalah herba yang seimbang(tidak panas dan tidak sejuk) di minum 2 sudu besar pada tiap pagi dan dicampur dengan air kosong segelas (boleh di tambah madu). Selepas itu pengambilan 3 D dari produk HPA setiap hari 3 kali.

D det - 1 x 3

D deu - 3 x 3
D karm - 3 x 3
Detox air dilakukan 1 minggu sekali .
Berbekam pada tiap-tiap bulan terutama pada 17 hb (elakan dari hari rabu) disamping itu banyakan mengambil sayuran hijau dan jangan mengambil daun kucai dan jenis kekacang. InsyaAllah.

Read more...

D'Karm Untuk Masalah Angin

Jun 2, 2011

Ketidakseimbangan angin dan suhu di dalam badan adalah faktor kedua punca utama penyebab penyakit. Keadaan ini disebabkan oleh sistem pencernaan yang mengalami gangguan. Pembedahan di bahagian perut dan masalah enzim serta usus yang tersumbat adalah penyumbang kepada berlakunya masalah angin. Cinamomum Iners atauTeja Lawang yang mengandungi minyak meruap adalah herba yang amat mujarab untuk terapi ini.
D’Karm juga diperkuatkan dengan Psyllium, sejenis herba yang mengembang seperti jeli dapat membantu dalam proses pencernaan dalam usus bertindak sebagai ‘colon cleansing’ atau mengatasi masalah usus yang tersumbat.  Hal yang sedemikian sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan gangguan kepada sistem pembuangan air besar serta menyumbang penyakit kronik yang lain.  Satu kefahaman yang  mengatakan bahawa hampir 90% daripada penyakit bermula di usus. Ini bermaksud kita harus memastikan keadaan usus kita dalam keadaan bersih dan tidak wujud najis - najis lama.
D’Karm akan mengembang dan bertindak untuk menarik sisa bahan buangan yang masih terlekat pada dinding usus.  Pengguna akan merasa lancar dan lawas sekiranya D’Karm dijadikan amalan dan dalam keadaan sama ia boleh menghilangkan sakit sendi dan sakit pinggang.  Pengguna juga akan mendapati kadar kolesterol akan menurun kepada paras yang normal sekiranya mengamalkannya secara berterusan selama 6 bulan.  Ini secara langsung akan menurunkan tekanan darah ke paras yang normal.
Kesan bintik-bintik putih pada tapak tangan serta tangan yang dingin adalah tanda-tanda seseorang itu menghadapi masalah pencernaan dan sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan suhu dan angin dalam tubuh badan mereka yang mendorong kepada lemahnya imunisasi seseorang.  Pengguna D’Karm disarankan minum air sebanyak 2.5 liter (10 gelas) air setiap hari bagi memastikan kesan dapat dilihat dalam masa 7 hari.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Vitex Pebuscens
2. Morinda Eliptica
3. Eurycoma Longifolia
4. Cinanomum Iners
5. Coscinumm Blemeanum
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa
Dos :
Bergantung kepada berat badan. 40 kg (1-2 kapsul) 40 kg ke atas (2 - 4 kapsul) Pengambilan sebelum makan kecuali mereka yang menghadapi ulser dan gastrik, perlu ambil sesudah makan.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 75
Sabah & Sarawak: RM 85
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 65
Nilai Mata (NM): 25

Read more...

D'Det Untuk Membuang Toksid dan Racun

D’Det yang dikenali sebagai D'Tork ketika waktu dahulu membawa konsep pembersih atau ‘cleansing’ melalui penghapusan toksid khususnya yang terdapat pada hati.  Ianya memberi kesan tidak langsung terhadap ginjal, nodus, limpa, usus, paru-paru dan darah.  Kami tidak menyatakan bahawa semua penyakit boleh diubati dengan D’Det, tetapi ramai orang yang tampil dengan testimoni tentang penyakit yang mereka deritai setelah mengamalkan D’Det.

D’Det bukan ubat dan bukan makanan kesihatan sembarangan.  Ia berpotensi menjadi puluhan kali ubat. Ianya adalah puluhan potensi herba gabungan sinergi pilihan disediakan oleh orang-orang yang benar - benar mengerti ilmu perubatan alamiah.  Setelah megamalkan D'Det selama 7 hari, tenaga akan bertambah.  Ini menandakan sistem imuniti semakin baik. 

Komposisi (60 kapsul per botol) :

1. Spirulina
2. Vitex Eliptica
3. Morinda Eliptica
4. Andro graphis Paniculata
5. Tinospora Paniculata
6. Hidrocotyle Asiatica
Dos :
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti askit gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.
Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 75
Sabah & Sarawak: RM 85

Harga Pengedar HPA

Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 65

Nilai Mata (NM): 25

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan D’Det Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA
Produk ini mengandungi 28 jenis herba yang memberikan perawatan menyeluruh khususnya kepada penyakit 4 serangkai iaitu Jantung,kencing manis, Darah Tinggi dan buah pinggang.Namun bagitu bagi mendapatkan keberkesanan kepada d det ia perlu diambil dengan d deu kerana kandungan vitamin c atau roselle menyebabkan d det bertindak 13 kali ganda kekuatanya.
Dos yang biasa ialah 1 x 3 namun bagitu bagi penyakit yang sudah bertahun boleh menambah dosnya kepada 2x 3 .Jika terdapat keluarnya cairan seperti hingus hendaklah mengurangi pengambilan herba ini.
D det juga baik untuk arthritis atau sakit sendi jika diambil berterusan namun bagitu pehak saya mencadangkan pengambilan set lengkap 3 D terus bagi mempercepatkan kesembuhan. InsyaAllah  

Read more...

Air Mineral HPA

Mar 4, 2011

Air Mineral HPA merupakan air yang terpancar dari mata air di Kampung Sungai Gau, Pahang. Ia dikatakan mempunyai kandungan mineral yang tinggi mengikut Analisa Kandungan Mineral yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia.  Air penawar semulajadi ini dapat membantu:

  1. Meningkatkan penyerapan nutrien dan mineral oleh tubuh
  2. Meningkatkan stamina tubuh
  3. Meningkatkan kecekapan tubuh mengangkut oksigen
  4. Membina dan menguatkan tulang dan gigi
  5. Meningkatkan hemoglobin dalam sel darah merah
  6. Membersih serta melancarkan sistem penghadaman
  7. Membersihkan kandungan darah di dalam tubuh
  8. Mempunyai kadar garam galian yang tinggi dan pH 7.9 iaitu menghampiri pH air Zamzam

Antara mineral penting yang terdapat di dalam Air Mineral HPA ini ialah:
Kalsium
Kalsium (Ca) digunakan dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia sangat penting dalam penghantaran impuls saraf, pembekuan darah dan pengecutan otot. Ca turut meningkatkan pH di dalam tubuh menjadikan tubuh lebih beralkali yang seterusnya menggalakkan system imuniti tubuh bertindak terhadap virus dan bacteria. Medium alkali tidak sesuai untuk pertumbuhan virus dan bacteria.

Magnesium
Tugas memerlukan Magnesium (Mg) larut air bersama dengan kehadiran Ca. Ca tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa kehadiran Mg. Pengambilan Ca bersama dengan jumlah Mg yang sesuai membantu menurunkan badan serta menjadikan anda kelihatan muda dan bertenaga.
“Kandungan mineralnya antara yang terbaik selepas air zam-zam”

Berat: 5.5 liter
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: -

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 6
Sabah & Sarawak: -

Nilai Mata (NM): 1.25

Read more...

Beracun Tetapi Berkhasiat

Dioscorea Hispida (Ubi Gadung)


Daun  pokok  ubi  gadong  ini  kelihatan  seperti  daun  sirih.  Pokok  ubi  gadong  menjalar  batangnya  pula  mempunyai  banyak  duri . Ubinya  mempunyai  saiz yang  berbeza-beza , dan  ada  yang  mencapai  berat  sehingga  lima  kilogram . Ubi  Dioscorea  hispida  berwarna  kemerahan  dan  ubi  Dioscorea  alata  pula berwarna  kuning  kemerahan .

Kajian  saintifik  menunjukkan  bahawa  ubi  ini  mengandungi  sejenis  sebatian  yang  beracun , dioscorine  iaitu  sejenis  alkaloid  yang  larut  di  dalam  air . Walaupun  beracun , tetapi  masyarakat  Melayu  dan  orang  asli  telah  menjumpai  cara  untuk  menghilangkan  racunnya . Ubi  gadong  direndam  air  yang  mengalir , kandungan  dioscorine  di  dalamnya  akan  dilarutkan  oleh  air  dan  lama-kelamaan , ubi  ini  akan  bebas  daripada  dioscorine .

Ubi  gadong  mempunyai  nilai  perubatan . Ubi  gadong  kaya  dengan  bahan  yang  disebut  sebagai  steroid . Steroid  di  dalam  
ubi  ini  terdapat  dalam  bentuk yang  bergabung  dengan  gula , iaitu  saponin . Steroid  ialah  sumber  asli  yang  penting  dalam  penghasilan  ubatan  dan  hormom . Saponin  ini  bersifat  anti agregasi  platlet  iaitu  saponin  boleh  menghalang  pengetulan  ( agregasi )  platlet  di  dalam  darah . Secara  tidak  langsung , saponin  dapat  menghalang  penyakit darah  membeku  dalam  saluran  trombosis .

Herba HPA yang mempunyai Ubi Gadong ialah Bedak Tompok Hitam yang mampu menghilang tompok hitam dan menjadikan wajah lebih berseri tanpa tompok hitam.

Harga S.M - RM13
Harga S.S - RM15
Nilai mata - 3NM

Hubungi Alin untuk tempahan di 016 - 6563803

Read more...

Perawatan Ilahiah

Jan 5, 2011

Penyembuhan itu merangkumi perawatan fizikal, emosi, mental dan spiritual.  90% kekuatan penyembuhan itu terdapat pada spiritual dimana terdpat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pesakit.


  • Perbanyakkan Istighfar terutama Istighfar Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan.
  • Perbanyakkan doa khusus untuk penyembuhan penyakit yang sedang dialaminya.
  • Bangun Qiamullail
  • Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w
  • Perbanyakkan sedekah.
Jadi, banyak penyembuhan yang telah berlaku hasil dari banyaknya berdoa kepada Allah s.w.t disamping mengambil ubatan yang halal lagi thayyib.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

Aktiviti Malacca Herbs

Followers

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP