Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget

Alin Maslina. Powered by Blogger.

Tidak Semua MLM Itu Haram

Nov 25, 2010


Tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

“Mudahnya MLM menjadi haram!” menimbulkan sedikit salah faham, seolah-olah semua skim Multi Level Marketing cenderung kepada haram.

Sedangkan Ustaz Zaharuddin sebenarnya turut menggariskan asas minima syariah yang perlu dipatuhi bagi membersihkan urusniaga MLM itu :

  • Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti). Produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanya bertujuan mengabui undang-undang dan syariah. Jesteru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
  • Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah riba jenis Nasiah.
  • Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
  • Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi berdasarkan nilai produk yang berjaya dijual. Ini bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan, bukannya permainan wang (money game).
  • Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komisyen dari orang bawahnya.
  • Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut syariah. Jika tidak, dibimbangi ia terjerumus kepada keraguan ’syubhah’. Konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan keuntungan yang di perolehi tanpa usaha. Sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakkan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik orang bawahnya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh?
  • Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dahulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Jesteru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
  • Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
  • Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan diperingkat awal.w

Read more...

Kuliah Perubatan JAWI Melaka yg ke-2

Nov 21, 2010

Read more...

GARAM BUKIT HPA (Halagel) berasal dari Gunung Himalaya

Nov 12, 2010


GARAM BUKIT HPA (Halagel) berasal dari Gunung Himalaya

Pengarah Urusan Halagel Sdn Bhd En Mohamad Yakob Munshi Deen menerima cenderahati dari Presiden KPA selepas membentangkan kertas kerja mengenai Gelatin Halal dan Kelebihan Garam Bukit Halagel yang dipasarkan oleh HPA di Menara HPAic pada 7 Nov 2010.

Garam Bukit HPA (Halagel) adalah garam yang berasal dari kawasan Gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang amat sempurna.

Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai "Raja Garam atau emas putih" kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja. Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya.

Garam bukit Hpa mengandungi 84 elemen semulajadi yang diperlukan oleh badan kita. Sebaliknya garam biasa (dari laut) selepas proses pembersihan hanya mengandungi natrium klorida dan bahan tambahan (bahan awet).

Garam bukit Hpa dihasilkan secara semulajadi selama jutaan tahun dapat membebaskan tenaga didalam badan kita dan dapat menyeimbangkan kadar metabolisma tubuh. Sedangkan garam laut yang melalui proses kimia bukan dihasilkan secara semulajadi akan bertindak sebagai racun dimana tubuh sendiri cuba menyingkirkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk menyingkirkan garam laut yang kaya dengan Natrium Klorida terutama pada organ penyingkiran seperti ginjal.

Sekiranya kandungan Natrium Klorida terlalu tinggi dan badan gagal menyingkirkannya, pengkristalan semula berlaku dimana badan akan menggunakan proten lemak haiwan yang tidak dicernakan untuk membentuk asid urik supaya dapat menghindarkan garam.

Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urid, asid urik akan mengikat dirinya dengan natrium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus kedalam sendi tulang dan berlakunya sakit sendi (arthritis) atau Ghout.
Oleh itu selamatkanlah diri dan keluarga anda dengan menggunakan garam bukit HPA yang semulajadi tanpa bahan tambahan dan pewarna.

Gunakanlah Garam Bukit HPA! Lebih berkhasiat, lebih tulen dan lebih bersih..Cuma RM2 sepeket dan dapat o.25 Nilai Mata kepada pengedar HPA.

Dapatkan segera di semua cawangan Hpa yang berhampiran atau melalui mana-mana stokis. /

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.00
Nilai Mata (NM): 0.25

Read more...

Minyak But-But menghitamkan Rambut

Minyak But-But menghitamkan Rambut

Minyak but-but boleh dijadikan sebagai minyak penumbuh rambut khususnya pada bayi.Rambut akan menjadi lebat dan hitam.Bagitu juga menghitamkan uban pada orang dewasa disamping menguatkan akar rambut agar tidak gugur.Kaedah penggunaanya cukup di sapu sedikit sambil menyampaikannya kekulit kepala.
Pengetahuan tentang khasiat MBB sebagai tonik rambut telah lama diketahui dan telah terbukti sejak zaman berzaman.Pada masa dahulu orang menyatakan MBB sebagai minyak MALI bererti minyak untuk rawatan kebotakan.Minyak yang digunakan sebagai base MBB bukan dari minyak petroliumyang panas tetapi dari jenis minyak tumbuh-tumbuhan yang menyejukan kepala.Herba yang terdapat dalam MBB dikatakan menjadi baja(tonik) bagi pertumbuhan rambut yang sehat.InsyaAllah lihatlah perubahannya selepas sebulan menggunakanya.Amin.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates

Aktiviti Malacca Herbs

Followers

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP