Beracun Tetapi Berkhasiat
Mar 4, 2011
Dioscorea Hispida (Ubi Gadung)
Daun pokok ubi gadong ini kelihatan seperti daun sirih. Pokok ubi gadong menjalar batangnya pula mempunyai banyak duri . Ubinya mempunyai saiz yang berbeza-beza , dan ada yang mencapai berat sehingga lima kilogram . Ubi Dioscorea hispida berwarna kemerahan dan ubi Dioscorea alata pula berwarna kuning kemerahan .
Kajian saintifik menunjukkan bahawa ubi ini mengandungi sejenis sebatian yang beracun , dioscorine iaitu sejenis alkaloid yang larut di dalam air . Walaupun beracun , tetapi masyarakat Melayu dan orang asli telah menjumpai cara untuk menghilangkan racunnya . Ubi gadong direndam air yang mengalir , kandungan dioscorine di dalamnya akan dilarutkan oleh air dan lama-kelamaan , ubi ini akan bebas daripada dioscorine .
Ubi gadong mempunyai nilai perubatan . Ubi gadong kaya dengan bahan yang disebut sebagai steroid . Steroid di dalam
ubi ini terdapat dalam bentuk yang bergabung dengan gula , iaitu saponin . Steroid ialah sumber asli yang penting dalam penghasilan ubatan dan hormom . Saponin ini bersifat anti agregasi platlet iaitu saponin boleh menghalang pengetulan ( agregasi ) platlet di dalam darah . Secara tidak langsung , saponin dapat menghalang penyakit darah membeku dalam saluran trombosis .

Herba HPA yang mempunyai Ubi Gadong ialah Bedak Tompok Hitam yang mampu menghilang tompok hitam dan menjadikan wajah lebih berseri tanpa tompok hitam.

.jpg)
0 comments:
Post a Comment